Khamis, 1 Disember 2011

Sahabat Dunia Akhirat


Selemah-lemah manusia ialah orang yang tak boleh mencari sahabat, dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari...


Memiliki sahabat yang sejati merupakan satu anugerah yang tidak ternilai, kerana sahabat boleh mewarnai dan mempengaruhi kehidupan kita, baik dari sudut kebendaan, kecenderungan mahupun tingkah laku..Samaada kita terikut-ikut dengan kecenderungannya, ataupun sebaliknya dia terpengaruh dengan kita...
  • Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud:" Perumpamaan dua orang yang bersaudara adalah seperti dua tangan, yang satu membersihkan yang lain.' ( Riwayat al-Dailami )
  • Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud: " Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi ( yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi, sama ada ia menberi anda sebahagian ataupun anda membeli bau-bauan daripadanya, ataupun sekurang-kurangnya akan mendapatkan juga bau daripadanya.Manakala tukang besi pula sama ada ia menyebabkanbaju anda terbakar, ataupun anda mendapat bau yang kurang enak." ( Riwayat Abu Daud )

Oleh sebab itu, kita harus berhati-hati untuk menjadikan seseorang itu sebagai kawan, teman atau sahabat. Sahabat semestinya memiliki sifat-sifat terpuji untuk kita contohi. Sahabat boleh membahagiakan kita untuk menempuh kehidupan di dunia ini dan juga membantu kita diakhirat kelak.

Tiada ungkapan PERPISAHAN dalam PERSAHABATAN, walaupun maut menjadi noktahnya, KERANA seorang SAHABAT itu terlalu istimewa dalam DOA saudaranya yang lain biarpun tanpa BAYANGAN.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan