Khamis, 1 Disember 2011

Menutup Pintu Maksiat....

Pintu taubat selalu terbuka seperti yang disebut dalam hadis Nabi s.a.w. yang bermaksud : " Setiap manusia sering melakukan kesalahan dan sebaik-baik orang yang sering berbuat kesalahan adalah yang sering bertaubat kepada-Nya. " (Riwayat al-Tarmizi)..
     Bagi mereka yang ingin bertaubat, tip di bawah dapat membantu Insya-Allah.

Ikhlas dan Menyerah Diri Sepenuhnya kepada Allah.

     Inilah perkara yang paling utama. Jika seorang hamba ikhlas bertaubat kerana Allah, Allah pasti akan menerima taubatnya. Seorang hamba tidak pernah meninggalkan kekasih yang dicintainya kecuali kerana ada kekasih yang lebih dia sukai atau kerana ingin lari daripada sesuatu yang tidak diingininya.
     Apabila hati seorang hamba telah bersih dan ikhlas dalam beribadah kepada-Nya, maka penyakit cinta akan maksiat tidak akan menjangkitinya kerana perasaan ini hanya berjangkit pada hati mereka yang kosong.

Mujahadah ( Bersungguh-sungguh )


     Nafsu ialah makhluk Allah yang boleh ditundukkan. Mengawalnya beerti melepaskan diri daripada diperhamba oleh hawa nafsu. Mengawal nafsu daripada melakukan maksiat bukanlah bermaksud melawan hanya sekali dua, tetapi ia perlu berterusan kerana Allah. Apabila seseorang bermujahadah melawan nafsunya, kebaikan dan keberkatan akan datang padanya.


Banyak Mengigati Akhirat.


     Tidak banyak berangan tentang dunia, sebaliknya banyak mengigati mati serta alam pengakhiran seperti nikmat abadi di dalam syurga serta azab  derita di neraka. Ini akan menyebabkan timbul rasa untuk melalukan taubat nasuha dan mengganti semula semua amal soleh yang ditinggalkannyan dahulu.


Sibuk Dengan Hal Yang Bermanfaat


     Senggang masa yang banyak tidak terisi menyebabkan seseorang melakukan perkara yang mengheret kepada gejala-gejala yang tidak sihat. Apabila terisi dengan aktiviti yang bermanfaat, maka tidak ada ruang masa lagi untuk berbuat maksiat.

Menjauhi Punca Kembali Semula Kepada Maksiat.

     Menjauhi Punca-punca melakukan maksiat seperti pergi ke pusat hiburan, melayari bahan tidak baik di internet, melayan cinta kekasih di facebook dan sebagainya. Apabila puncanya sudah disekat, maksiat boleh terhalang.

Menundukkan Pandangan

     Dari mata turun kehati. Begitulah penangan mata. Kerana itu, menundukkan pandangan sangat dituntut bagi memberikan ketenangan. Apabila ditundukkan pandangan, hati juga mampu menundukkan syahwatnya.

Bergaul Dengan Orang Baik

     Seorang teman yang baik akan membantu membawa kita ke jalan ketaatan kepada Allah. Dia akan menegur dengan berhikmah sekirannya kita bersalah. Dia akan sentiasa mengigatkan kita kepada Allah. Berkumpul mendengar majlis ilmu bersama orang soleh juga akan sentiasa diberi rahmat oleh Allah..

Banyak Berdoa

     Sebaik-baiknya berdoa memohon kepada Allah supaya diberi kesempatan untuk bertaubat nasuha, walau bagaimana besar dan banyak pun dosa kita. Digalakkan juga memilih waktu-waktu yang mustajab doa seperti ketika sujud dalam solat, pada akhir malam, masa antara azan dan iqamat dan sebagainya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan