Khamis, 3 Mei 2012

Hukum Wanita Memakai Seluar Pendek

     Haram bagi wanita yang memakai seluar pendek kerana menampakkan auratnya yang sepatutnya ditutup daripada pandangan lelaki bukan muhrim. Seorang wanita mestilah memakai pakaian yang menutup seluruh anggota tubuhnya apabila berada di hadapan lelaki yang bukan muhrimnya. Dia tidak boleh membuka apa-apa bahagian tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan.


     Dia juga tidak boleh memakai pakaian yang ketat yang memperlihatkan bentuk badannya atau bahagian-bahagian tubuhnya seperti buah dadanya, bahunya, dada, kemaluan dan sebagainya. Wanita atau ibu bapa haruslah mendidik anak-anaknya agar membiasakan diri memakai pakaian yang panjang dan longgar agar seorang anak sudah biasa dengan pakaian menutup aurat apabila dewasa kelak. Jika pakaiannya pendek, mungkin akan memperlihatkan pada lelaki sesuatu yang menyebabkan tergoda.


     Tidak ada larangan jika seseorang wanita berada di dalam rumahnya dan dihadapan mukhrimnya, memakai sedemikian sama ada memperlihatkan kaki atau tapak tangannya seperti yang biasa dipakai oleh para wanita waktu mereka bekerja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan