Jumaat, 6 Disember 2013

Selawat...


 JOM BERSELAWAT ,,,




Makna Selawat

Dari Segi Bahasa

Bermakna doa, rahmat Allah, memberi berkat dan ibadah.

Dari Segi Syarak

Mengakui kerasulan Baginda lalu berdoa agar Allah mengurniakan keutamaan dan kemuliaan ke atas Baginda SAW.

Kita sedia maklum bahawa banyak kelebihannya jika kita berselawat keatas junjungan mulia Rasulullah SAW..... ada beberapa hadis tentang kelebihan berselawat ni.... antaranya :

Rasulullah SAW bersabda :

" Sesungguhnya bagi mereka yang paling utama pada hari kiamat bagiku adalah yang paling banyak berselawat untukku ,"

" Sesiapa yang membaca 1x selawat kepadaku, nescaya Allah akan berselawat padanya sebanyak 10x, dihapuskan daripadanya 10 kesalahan dan diangkat padanya 10 darjat. "
 ( Riwayat Ahmad al-Nasa'i dan al-Hakim daripada Anas r.a.)

" Sesiapa membaca selawat untukku pada hari Jumaat 200 selawat, diampuni Allah segala dosanya selama 200 tahun."
(Riwayat  al-Dailami daripada Abu Zar r.a)

" Sesiapa membaca selawat 10x pada pg hari dan 10x pada waktu ptg, maka ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat,"
(Riwayat al-Tabrani daripada Abi Darda' r.a)

Syokkkk!! sebenarnya berselawat ni, selain dari berzikir dan baca Al-Quran...... kalau kita buat ketiga-tiga amalan ni lagi baguss!!

Bukan susah kita untuk berselawat pada Baginda Rasulullah SAW, tak kira masa, dan dimana.... sambil bawak motor, bawak kete, sambil tunggu bas, tunggu member dll..... BERSELAWATLAH!!!...

" Dimana sahaja kamu berada berselawatlah kepadaku, nescaya selawat itu sampai kepadaku."
(Riwayat al-Tabrani daripada Husain b Ali r.a.)

InsyaAllah, semoga kita  sama-sama memperoleh syafaat dari-NYA nanti....


Jadi jom kawan2, kakak2, adik2 semua muslimin muslimat kita BERSELAWATTT 1DUNIA,,,,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan