Jumaat, 6 Disember 2013

KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN

       
        



  Ada masa lapang, buka dan bacalah Al-Quran, panduan hidup sepanjang hidup. Tak rugi pun kalau kita buka, baca dan amalkan,, kalau tak buka rugi, kalau tak baca lagi lah ruginya..... rugi,rugiiii,



Banyak tau kelebihan-kelebihan jika kita membaca Al-Quran antaranya:

  1 ~ Ibadah yang paling utama dari segi bacaan
  2 ~ Pahala membaca satu huruf daripada al-Quran: Menurut Ibnu Majah, digandakan hingga 400x dan Ibnu al-Jauzi pula berpendapat digandakan sebanyak 700x.
  3 ~ Balasan 1 huruf yang dibaca ialah bidadari syurga, juga dikatakan balasan sebatang pokok di syurga.
  4 ~ Menurut Ibnu Abbas r.a., pembaca al-Quran ialah seorang hartawan dan pahala pembaca tidak akan putus.
  5 ~ Selamat daripada api neraka, mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia bersama malaikat.
  6 ~ Pada hari kiamat, al-Quran jadi pembela.
  7 ~ Pembaca akan memperolehi keamanan di dunia dan kemuliaan di akhirat.
  8 ~ Membaca sebelum tidur akan mendapat kawalan malaikat.
  9 ~ Pembaca akan dimasukkan ke dalam golongan Siddiqin, Syuhada dan Solihin,
10 ~ Membaca al-Quran secara kumpulan, diampun dosa mereka.
11 ~ Mendapat cahaya di bumi dan menjadi sebutan oleh malaikat di langit.
12 ~ Jika dibaca di dalam rumah, akan memberi cahaya kepada rumah itu.
13 ~ Mendapat perlindungan di padang Mahsyar nanti.
14 ~ Pembaca akan dilindungi dari godaan syaitan

Wallahu'alam.....
 Petikan dari Buku : Indahnya Hidup Bersyariat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan