Khamis, 30 Oktober 2014

Migrain (cara merawat)


MIGRAIN atau sakit kepala yang disahkan oleh doktor boleh dirawat dengan pelbagai kaedah. 

Pertama, cubalah dengan memakan ubat ubatan yang dinasihatkan oleh doktor mengikut rawatan secara klinik. Tetapi boleh dicuba dengan rawatannya melalui amalan dengan membacakan doa doa tertentu dengan menggunakan sedikti air.
Adalah lebih mujarab sekiranya air yang digunakan ialah air zam zam tetapi sekiranya tiada bolehlah digunakan air biasa.

 Doanya ialah membaca ::  

1. Penawar seribu guna (Surah Al-Fatihah)


2. Selawat Syifa



2.  Surah Al-Waqiah (ulang 7X)


( Ayat 19 )

          Pegang kepala dengan dua belah tangan dan setiap kali (daripada tujuh kali ) selesai membacanya, picitlah kepala dan apabila tiba kali ketujuh picitlah secara isyarat seolah olah membuang penyakit itu daripada kepala. Kemudian pegang semula kepala dan bacalah Selawat Nabi (sebaik baiknya Selawat Syifa’ tetapi boleh juga dibacakan Selawat Tafrijiyah)
            Air yang di doakan tadi hendaklah diminum dan disapukan di kepala hingga basah kuyup. Setelah dibasuh ikat kepala dengan kain koton warna putih dan berbaringlah dengan selesa hingga kering air di kepala sehigga tirtidur dan sepanjang berbaring itu banyaklah berzikir kepada Allah.Sebaik baik zikir ialah tasbih Nabi Yunus semasa berada di dalam perut ikan.


Inshaallah..... mudah-mudahan Allah memperkenankan apa yang kita mohon pada-Nya...
:: Cuba dan berikhtiarlah dengan ayat Quran...semoga kalian mendapat rahmat.... aamiin.....







Rabu, 8 Oktober 2014

Bekam


Nabi Muhammad S.A.W bersabda:- Sebaik2 pengubatan bg kalian ialah hijamah(bekam)…

Assalamualaikum......

          Kami menganjurkan dan ingin membantu anda yang mempunyai masalah kesihatan, berikhtiar dengan melakukan kaedah bekam.... dimana ia dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w.

Marilah kita sama-sama berikhtiar untuk sihat dengan mengamal, serta menyebarkan Sunnah Rasulullah s.a.w.... Semoga kita mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah...
Pengeluaran darah kotor ketika rawatan bekam adalah satu proses pembuangan racun/toksin/bahan kimia/sel darah merah yang mati dari pada sistem tubuh badan.Bahan-bahan tadi jika tidak dibuang akan menyebabkan 1001 penyakit pada manusia.....

Ibnu Al-Qayyim menyatakan bahawa ::

- Berbekam di bahagian belakang atas, adalah berfaedah untuk sakit bahu dan tekak, dan bekam di urat belakang leher bermanfaat dalam penyakit-penyakit kepala dan muka, seperti telinga, mata, gigi, dan hidung.


Jom BEKAM.....

Kami juga menyediakan KHIDMAT BEKAM RUMAH
KE
RUMAH…..
RM 5.50/CUP
Call/sms/Whatsapp : HUDA (0129529260  :ALIAH (0139266121)



Antara penyakit yg boleh diikhtiar dgn kaedah bekam :: 

;; penyakit sendi, rheumatoid arthritis, gout, buah pinggang, sistem imun yang lemah, buasir, pembesaran prostat, masalah tiroid, darah tinggi, kencing manis, kegemukan, hati, migrain, penyakit mata, kekurusan, sawan, sakit kepala, kemandulan, ulser perut, kolon sindrom saraf dll

:: Setiap penyakit ada ubatnya, apabila ubat tepat mengenai penyakit, maka akan wujud kesembuhan dengan izin Allah s.w.t. " (HR.Muslim)

Inshaallah.... ikhtiar dan kita berserah pada Yang Maha Esa.....

" Sesungguhnya Allah s.w.t.telah menciptakan ubat untuk setiap penyakit, maka berubatlah kamu, tetapi jangan berubat dengan sesuatu yang diharamkan." 
(HR. Abu Daud.)

Khamis, 19 Jun 2014

Minyak Zaitun (Ruqyah)





Khasiat Minyak Zaitun Untuk Kesihatan Tubuh Manusia..

Pernahkah anda mengamalkan salah satu pemakanan sunnah iaitu minyak zaitun? Minyak zaitun mempunyai pelbagai khasiat yang elok untuk kesihatan. Ianya diambil dari pohon Zaitun yang tumbuh merata bermula dari Iran, Syria dan Palestin sehinggalah ke seluruh Mediterranean sejak 6,000 tahun dahulu.
Minyak zaitun bukan sahaja terkenal di Eropah dan Timur Tengah malah hampir ke seluruh dunia mengamalkan minyak zaitun tidak kira di dalam masakan mahu pun penjagaan kesihatan. Bagi umat Islam minyak zaitun sudah diamalkan sejak 1400 tahun dahulu oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. dan baginda memang menganjurkan umatnya mengamalkan minyak zaitun dalam kehidupan seharian. Nabi Muhammad menggunakan minyak zaitun sebagai minyak rambut.
Pohon zaitun yang penuh berkat ini disebut di dalam Al-Quran dalam Surah At-Tin: ayat 1,
Surah Al-Mukminun: ayat 20 dan
Surah An-Nur: ayat 35.
“Demi (buah) tin dan (buah) zaitun.” (At-Tin: 1)
“Dan pohon kayu keluar daripada Tursina (pohon zaitun) yang menghasilkan minyak…” (Al-Mukminun: 20)
“…pohon yang banyak berkatnya, (iaitu) pohon zaitun yang tumbuh….” (An-Nur: 35).
Pohon zaitun juga disebut di dalam hadis:
”Makan minyak zaitun dan urutlah dengannya ke seluruh badan kerana ia adalah dari pohon yang suci”, diriwayatkan oleh hazrat Sayyed Al-Ansari.
”Ada minyak zaitun, makanlah, urut seluruh badan kerana ia berkesan untuk buasir”, diriwayatkan oleh hazrat Al-Qama bin Amir.


Antara khasiat minyak zaitun:


~ Mengalami masalah gangguan.......
~ Mengurangkan pengambilan lemak dalam diet
harian
~ Menghindari penyakit kardiovaskular dan
arteriosclerosis
~ Mengelakkan pembentukan batu hempedu
(gallstone)
~ Membantu penghadaman dan mengurangkan ulser
perut
~ Antioksidan dan antikanser
~ Membantu keseimbangan metabolisme tubuh,
pertumbuhan tulang dan tubuh yang baik
(khasnya bagi kanak-kanak)
~ Membekal vitamin E yang tinggi
~ Kecantikan & awet muda (kulit dan
rambut),melambatkan UBAN
~ Kestabilan asid lemak
~ Membekal pelbagai vitamin untuk antipenuaan
~ Kegunaan massage therapy(elok digunakan
semasa bersauna)
~ Mengurangkan rekahan kulit(stretch mark) bagi
wanita mengandung dsb.
~ Berkesan untuk bisul, ruam lampin, dan gatal-
gatal(sesuai untuk sapuan sebagai minyak bayi).


BERMINAT PM SY D (https://www.facebook.com/aliah81)

Sabtu, 14 Jun 2014

Surah Al-Fatihah

Ayat 1000 Guna

Surah Al-Fatihah (سورة الفاتحة) - Pembukaan - surah yang diturunkan di Makkah dan diturunkan selepas Surah Al-Muddathir. Surah ini mempunyai 7 ayat dan inilah surah pertama yang diturunkan lengkap keseluruhan ayat bagi sebuah surah dan termasuk dalam golongan surah Makkiyyah.
Surah ini dinamakan Al-Fatihah (Pembukaan) kerana ia dijadikan sebagai pembuka dan permulaan Al-Quran.
Surah ini juga dinamakan Ummul Quran (ام القــرآن - Ibu Quran) atau Ummul Kitaab (ام الكتاب - Ibu Kitab) kerana ia merupakan ibu atau induk kepada semua isi Al-Quran dan menjadi inti sari dari kandungan Al-Quran itu sendiri.


[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.


[2] Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

[3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.

[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.



Jumaat, 13 Jun 2014

Selawat Tafrijiyah


Erti Doa Selawat Tafrijiyah
"Ya Allah Tuhan kami, limpahkanlah rahmat yang sempurna dan limpahkanlah kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami nabi Muhammad, yang dengannya akan terurailah segala simpul ikatan dan dengannya akan terhapuslah segala kesusahan dan dengannya akan tertunailah segala hajat, dan dengannya akan tercapailah segala maksud dan kesudahan umur yang baik (mati dalam iman), serta terkabullah permohonan meminta hujan dengan zatnya yang mulia dan ke atas keluarga dan sahabat-sahabatnya pada setiap kelipan mata dan tarikan nafas dengan bilangan segala apa juga yang engkau ketahui.."

Jumaat, 6 Disember 2013

KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN

       
        



  Ada masa lapang, buka dan bacalah Al-Quran, panduan hidup sepanjang hidup. Tak rugi pun kalau kita buka, baca dan amalkan,, kalau tak buka rugi, kalau tak baca lagi lah ruginya..... rugi,rugiiii,



Banyak tau kelebihan-kelebihan jika kita membaca Al-Quran antaranya:

  1 ~ Ibadah yang paling utama dari segi bacaan
  2 ~ Pahala membaca satu huruf daripada al-Quran: Menurut Ibnu Majah, digandakan hingga 400x dan Ibnu al-Jauzi pula berpendapat digandakan sebanyak 700x.
  3 ~ Balasan 1 huruf yang dibaca ialah bidadari syurga, juga dikatakan balasan sebatang pokok di syurga.
  4 ~ Menurut Ibnu Abbas r.a., pembaca al-Quran ialah seorang hartawan dan pahala pembaca tidak akan putus.
  5 ~ Selamat daripada api neraka, mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia bersama malaikat.
  6 ~ Pada hari kiamat, al-Quran jadi pembela.
  7 ~ Pembaca akan memperolehi keamanan di dunia dan kemuliaan di akhirat.
  8 ~ Membaca sebelum tidur akan mendapat kawalan malaikat.
  9 ~ Pembaca akan dimasukkan ke dalam golongan Siddiqin, Syuhada dan Solihin,
10 ~ Membaca al-Quran secara kumpulan, diampun dosa mereka.
11 ~ Mendapat cahaya di bumi dan menjadi sebutan oleh malaikat di langit.
12 ~ Jika dibaca di dalam rumah, akan memberi cahaya kepada rumah itu.
13 ~ Mendapat perlindungan di padang Mahsyar nanti.
14 ~ Pembaca akan dilindungi dari godaan syaitan

Wallahu'alam.....
 Petikan dari Buku : Indahnya Hidup Bersyariat.

AYAT-AYAT SYIFA ( PENYEMBUH )

Assalamualaikum kawan-kawan,

        Saya ingin mengingatkan diri saya dan ingin mengajak kawan-kawan saya yg dikasihi,,, untuk sama2 mendekati Al-Quran, serta menjadikan membaca Al-Quran ini sebagai amalan untuk kita mendekatkan diri dengan Allah serta mencari ketenangan hati yang sebenar.. serta pengubat dan penawar yang paling mujarab buat diri kita,
       Terdapat 6 ayat Al-Quran ini boleh dijadikan amalan sebagai ikhtiar untuk penyembuhan penyakit.
Rahsia ayat-ayat ini diperolehi oleh Syeikh Abu Qasim al-Qusairi r.a. daripada Rasulullah SAW.

Contoh maksud ayat Al-Quran yang boleh dijadikan amalan tersebut seperti:


" Dan (Allah) melegakan (menyembuhkan) hati orang yang beriman."
(Surah al-Taubah:14)

" Dan penyembuh (penawar) bagi penyakit-penyakit (yg berada) didalam dada."
(Surah Yunus:57)

" Dan perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warna, di dalamnya trdapat penawar yang menyembuhkan bagi manusia."
(Surah al-Nahl:69)

" Dan kami turunkan Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman."
(Surah al-Isra:82)

" Dan apabila aku sakit. Dialah yang menyembuhkan aku."
(Surah al-Syu'ara:80)

 
"Katakanlah: Al-Quran itu ialah petunjuk dan penawar."
(Surah al-Fussilat:44)

Ayat-ayat syifa ini amat sesuai dijadikan amalan seharian sebagai penyembuh penyakit. InsyaAllah !!

- Kita membaca dapat pahala, yakin dengan bantuan Maha Esa dan Insyaallah Allah bagi kesembuhan.

SELAMAT BERAMAL......