Khamis, 30 Oktober 2014

Migrain (cara merawat)


MIGRAIN atau sakit kepala yang disahkan oleh doktor boleh dirawat dengan pelbagai kaedah. 

Pertama, cubalah dengan memakan ubat ubatan yang dinasihatkan oleh doktor mengikut rawatan secara klinik. Tetapi boleh dicuba dengan rawatannya melalui amalan dengan membacakan doa doa tertentu dengan menggunakan sedikti air.
Adalah lebih mujarab sekiranya air yang digunakan ialah air zam zam tetapi sekiranya tiada bolehlah digunakan air biasa.

 Doanya ialah membaca ::  

1. Penawar seribu guna (Surah Al-Fatihah)


2. Selawat Syifa



2.  Surah Al-Waqiah (ulang 7X)


( Ayat 19 )

          Pegang kepala dengan dua belah tangan dan setiap kali (daripada tujuh kali ) selesai membacanya, picitlah kepala dan apabila tiba kali ketujuh picitlah secara isyarat seolah olah membuang penyakit itu daripada kepala. Kemudian pegang semula kepala dan bacalah Selawat Nabi (sebaik baiknya Selawat Syifa’ tetapi boleh juga dibacakan Selawat Tafrijiyah)
            Air yang di doakan tadi hendaklah diminum dan disapukan di kepala hingga basah kuyup. Setelah dibasuh ikat kepala dengan kain koton warna putih dan berbaringlah dengan selesa hingga kering air di kepala sehigga tirtidur dan sepanjang berbaring itu banyaklah berzikir kepada Allah.Sebaik baik zikir ialah tasbih Nabi Yunus semasa berada di dalam perut ikan.


Inshaallah..... mudah-mudahan Allah memperkenankan apa yang kita mohon pada-Nya...
:: Cuba dan berikhtiarlah dengan ayat Quran...semoga kalian mendapat rahmat.... aamiin.....







Tiada ulasan:

Catat Ulasan