Sabtu, 15 September 2012

Romantik Ala محمد ر سو ل ا لله





Rasulullah s.a.w. sendiri sebagai contoh teladan terbaik seorang suami yang menyintai dan menghargai isteri, banyak menunjukkan kasih sayangnya dalam bentuk pelbagai.Situasi ini  dapat dilihat daripada hadis-hadis Baginda, antaranya :

1. BERSEGERA MENEMUI ISTERI JIKA TERGODA

          Daripada Jabir,sesungguhnya Nabi s.a.w. pernah melihat seorang wanita, lalu Baginda masuk ke tempat Zainab, lantas menunaikan keinginan Baginda kepadanya. Setelah itu, Baginda keluar dan bersabda yang bermaksud : " Apabila seseorang antara kamu melihat seorang wanita menarik, hendaklah ia mendatangi isterinya, kerana pada diri isterinya itu ada hal yang sama dengan yang ada pada wanita tersebut." ( Riwayat al-Tirmizi )

2.  BERGILIR MINUM PADA TEMPAT YANG SAMA

          Daripada Aisyah r.ha., beliau berkata: " Aku biasa minum dari cawan yang sama ketika haid, lalu Nabi mengambil cawan tersebut dan meletakkan mulutnya di tempat aku meletakkan mulutku, lalu Baginda minum. Kemudian aku mengambil cawan, lalu aku menghirup isinya, kemdian Baginda mengambilnya daripadaku, lalu Baginda meletakkan mulutnya tempat akumeletakkan mulutku, lalu Baginda pun menghirupnya." ( Riwayat Abdul Razzaq dan Sa'id bin Mansur )
          Hadis tersebut menggambarkan betapa indah kemesraan yang ditunjukan oleh Rasulullah s.a.w. kepada isteri Baginda, sekali gus menunjukkan bahawa Islam mementingkan komunikasi....Inilah antara sifat yang mulia sebagai seorang suami buat isterinya, bagi menyatakan cinta dan kasih sayang....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan