Jumaat, 11 Mei 2012

PERKAHWINAN

     Alhamdulillah....pertemuan dan jodoh kata orang adalah ketentuan Allah......betul la kan....andai kita pandai mengaturnya dengan baik maka akan wujudlah kasih sayang dan cinta....dari semaian cinta dan kasih sayang 2 hati tersebut, insyaAllah akan terbinalah sebuah gerbang perkahwinan yang diharapkan.....
     Perkahwinan adalah sunnah Rasulullah yang perlu diikuti oleh umatnya.......Rasulullah s.a.w..amat2 menggalakkan umat2nya supaya berkahwin...Aisyah r.ha berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: "

Perkahwinan itu sunahku, sesiapa yang tidak suka mengikut sunahku maka bukanlah dia tergolong dalam golongan umatku."( Riwayat Ibnu Majah )...

      Perkahwinan yang telah disyariatkan mempunyai pellbagai hikmah sebagaimana yang telah disenaraikan. Selain itu, perkahwinan juga boleh merapatkan hubungan silaturrahim di antara dua kaluarga, memudahkan melaksanakan syariat islam, menjaga keturunan dan berlumba-lumba ke arah kebaikan antara suami isteri.

Apabila datang laki-laki (untuk meminang) yang kamu ridhoi agamanya dan akhlaknya maka kahwinkanlah dia, dan bila kamu tidak lakukan akan terjadi fitnah di muka bumi dan kerosakan yang meluas. (HR. Tirmidzi dan Ahmad) 

 Allah 'Azza wajalla berfirman (dalam hadis Qudsi): "Apabila Aku menginginkan untuk menggabungkan kebaikan dunia dan akhirat bagi seorang muslim maka Aku jadikan hatinya khusyuk dan lidahnya banyak berzikir. Tubuhnya sabar dalam menghadapi penderitaan dan Aku jodohkan dia dengan seorang isteri mukminah yang menyenangkannya bila ia memandangnya, dapat menjaga kehormatan dirinya, dan memelihara harta suaminya bila suaminya sedang tidak bersamanya. (HR. Ath-Thahawi)

~ jadi kalo dah jumpa, sayang, cinta n mampu,  kahwinlah.......~



Bercerita bab kahwin-kahwin ni.....saya memanjatkan rasa syukur dan gembira COZ my luvly2 sIs sy ( kakak angkat ) sis Haweza dan sis Zuhaidah dah pun selamat menjadi isteri Alhamdulillah.... doa dan harapan dari adk semoga kedua2 Luvly sis sentiasa beroleh keberkatan, keredhaan serta kerahmatan serta kebahagiaan dari Allah Ya Rahman,Ya Rahim..Ya Wajiid (Maha Menemukan )....dalam melayari bahtera rumahtangga InsyaALLAH......




Doa Buat Akak n semua Pengantin Baru

با ر كء الله لك, و با ر كء عليك, و جمع بينكما في خير

( Semoga Allah memberi berkah dan mengumpulkan kamu berdua dalam kebajikan )







1. Alhamdulillah!! sis hAwEzA n abg rAshAIzI dah selamat diijabkabulkan...
at 27-05-2012 bersamaan 6 Rejab 1433





Rasulullah s.a.w. pernah bersabda : 

" Apabila berkahwin seseorang itu, maka ia telah memenuhi separuh daripada agamanya. Maka bertaqwalah kepada Allah pada separuh yang belum disempurnakan lagi.."



2. Alhamdulillah!!!! sis ZuHaIdAh n aBg aZiZi dah sah menjadi suami isteri..
at 22-06-2012 bersamaan 2 Syaaban 1433...


Rasulullah Saw bersabda kepada Ali Ra:

 "Wahai Ali, ada tiga perkara yang janganlah kamu tunda-tunda pelaksanaannya, iaitu solat apabila tiba waktunya, jenazah bila sudah siap penguburannya, dan wanita (gadis atau janda) bila menemukan laki-laki sepadan yang meminangnya. " (HR. Ahmad)


SEMOGA LUVLY SIS BERDUA MENJADI SUAMI ISTERI SOLEH,SOLEHAH.......CONGRATULATIONS!!!!!!!

Hadis ini menjelaskan bahawa apabila seseorang itu telah berkahwin, maka ia akan terselamat daripada  perkara-perkara yang tidak elok yang boleh menjerumuskan dirinya ke dalam kancah dosa dan noda.


Rasulullah s.a.wbersabda lagi yang bermaksud :
" Sesiapa yang mampu berumah tangga, hendaklah ia berkahwin kerana dengan demikian dapat menundukkan penglihatan dan dapat memelihara kehormatannya. Dan sesiapa yang tidak mampu berkahwin, hendaklah ia berpuasa kerana dengan berpuasa dapat menghalang keinginan nafsunya."
( Riwayat Ibnu Mas'ud )

Rasulullah ada juga memberikan pesanan buat kaum Adam....antaranya ;

Rasulullah s.a.w. bersabda :
" Apabila seseorang kamu terpaut dengan seseorang perempuan lalu memberi kesan dalam hatinya, maka hendaklah dia mendapatkan isteri dan ' bersamanya ' kerana dengan itu boleh menghilangkan apa yang ada dalam dirinya. " ( Riwayat Muslim )

Bukan apa, hadis ini memberi pengajaran supaya kita tidak tergoda dan memandang sesuatu yang bukan hak.. Malah hati juga boleh dijauhkan daripada dosa-dosa  yang merupakan sebesar-besar fitnah iaitu wanita........
     Rasulullah s.a.w. juga amat berbangga dengan umatnya yang ramai di akhirat nanti...Dengan perkahwinan akan lahirlah zuriat yang beriman dan bertaqwa yang akan memakmurkan bumi Allah.

Daripada Ma'qal bin Yasar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :

" Berkahwinlah kamu dengan wanita yang pengasih dan subur, kerana aku akan berbangga dengan jumlah kamu yang ramai."


Sesungguhnya dunia seluruhnya adalah benda (perhiasan) dan sebaik-baik benda (perhiasan) adalah wanita (isteri) yang sholehah. (HR. Muslim) 


Bila seorang menggauli isterinya janganlah segan untuk mengucapkan doa: 
"Ya Allah, jauhkanlah aku dari syaitan dan jauhkan syaitan dari apa yang Engkau berikan rezeki bagiku (kanak-kanak)." Sesungguhnya kalau seandainya Allah menganugerahkan bagi mereka anak maka anak tersebut tidak akan diganggu syaitan sama sekali. (HR. Bukhari) 

 Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW, "Apa hak isteri terhadap suaminya?" Nabi Saw menjawab, "Memberi isteri makan apabila kamu makan, memberinya pakaian apabila kamu berpakaian, tidak boleh memukul wajahnya, tidak boleh menjelek-jelekkannya dan jangan menjauhinya kecuali dalam lingkungan rumahmu. (HR. Abu Dawud) 

Sesungguhnya wanita seumpama tulang rusuk yang bengkok. Bila kamu membiarkannya (bengkok) kamu memperoleh manfaatnya dan bila kamu berusaha meluruskannya maka kamu mematahkannya. (HR. Ath-Thahawi)

Ok lah.....ni sebagai perkongsian serba sedikit Hadis Nabi s.a.w.. yang boleh saya kongsikan bersama kawan2.......buat sis Haweza ..DAN sis Zuhaidah.....semoga selamat semuanya...semoga ikatan perkahwinan nanti berkekalan hingga ke akhir hayat....  Amiinn...........
     

Tiada ulasan:

Catat Ulasan