" Ya Allah, bahawasannya waktu duha itu waktu duhamu, kebaikan itu kebaikanmu, keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu, kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu. Ya Allah, sekiranya rezekiku masih di atas langit, maka turunkanlah, sekiranya berada di dalam bumi, keluarkanlah, sekirannya susah, permudahkanlah, sekiranya haram, sucikanlah dan sekiranya jauh dekatkanlah. Berkat waktu duhamu, keagunganmu, keindahanmu, kekuatanmu dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh."
- Demikian doa pasrah dan harapan dipermudahkanrezeki yang perli kita ucapkan sesudah selesai menunaikan solat duha. Dengan demikian, selepas solat duha, kita berharap memperolah kemudahan atas segala persoalan dan kelancaran dalam mencari rezeki.
- Rezeki manusia adalah rahsia Allah. Oleh itu, kita perlu berusaha mencari rezeki melalui pintu dan kunci yang tepat. Antara kunci rezeki itu adalah solat duha dan pintunya adalah usaha yang bersungguh-sungguh.
Setiap orang pasti menginginkan hidup yang sejahtera dan makmur, mahu dimudahkan rezeki, mempunyai harta yang melimpah, isteri yang cantik, anak yang soleh, dan hidup yang serba cukup tanpa sebarang kekurangan. Sebaliknya, tidak ada orang mahu kehidupan yang susah dan serba kekurangan akibat kesempitan rezeki. Walaupun demikian, kita tidak dapat memungkiri dan tidak mampu membantah, kerana manusia di dunia ini mempunyai tahap keuntungan dan rezeki yang berbeza-beza, Quran menyebutkan :
" Allah melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendakinya dia antara hamba-hambanya dan dia pula yang menyempitkan baginya. Sesungguhnya Allah maha mengetahui segala sesuatu,"( surah al-Ankabut, ayat 62 )
Tiada ulasan:
Catat Ulasan