Sabtu, 3 Disember 2011

Dosa

Kenali Dosa dan Jauhinya


Berdosa kepada siapa????

  • Allah s.w.t....Salah satu dosa terhadap-Nya ialah syirik kepada Allah. Ada perlakuan yang secara sedar atau tidak sedar yang menyebabkan berlakunya syirik..Contoh perbuatan sihir atau mencari orang lain seperti bomoh dan dukun untuk menyelesaikan masalah. Sedangkan Allah sahaja Tuhan yang berhak di sembah.
  • Diri-sendiri, seseorang ditegah daripada menzalimi dirinya sendiri dengan melakukan dosa-dosa, seperti membalas dendam terhadap orang lain, menukar jantina atas dasar kecenderungan sejak kecil, berlebihan ketika makan dan sebagainya. Dosa yang paling besar terhadap diri-sendiri ialah membunuh diri kerana tiada lagi kesempatan bertaubat..
  • Orang Lain, Antara contoh perbuatan dosa kepada orang lain, seperti mencuri dan seumpamanya, membuat bising di tempat umum, merokok, membawa khabar buruk tentang diri seseorang dan sebagainya.
Katogeri Dosa

  • Aqidah ~ Syirik dan menyekutukan Allah, mengamalkan sihir.
  • Akhlak ~ Tidak menunaikan hak kepada kedua-dua ibu-bapa dan sesama manusia, berlaku zalim terhadap makhluk Allah yang lain seperti haiwan dan tumbuhan.
  • Ibadah ~ Meringan-ringankan suruhan Allah seperti solat, puasa dan zakat....Apabila lalai melaksanakan perintah Allah, tidak bersegera menggantikannya.. Contohnya, tidak mengqada solat fardu yang ditinggalkan dan tidak membayar fidyah atas puasa yang tidak sempat diqada.
  • Muamalat ~ Membuat urusan bersangkutan dengan riba....dan mengurangi timbangan dalam jual beli.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan