Rabu, 12 Oktober 2016

Produk Muslim (NIECEA COLLAGEN)

[NIECEA RAHSIA TERBONGKAR KHAS UNTUK WANITA]



NIECEA COLLAGEN MERUPAKAN FORMULASI HEBAT YANG DIDATANGKAN DARIPADA RAMUAN YG BERKUALITI TINGGI DAN MEWAH UNTUK MEMBANTU WANITA

1. Menyelaraskan estrogen punca kesihatan & kecantikan wanita ibarat akar penting untuk sepohon pokok.
2. Boleh mengimbangi tahap estrogen demi mencapai potongan badan yang menarik serta memiliki batin yang sihat.
3. Membangkitkan sifat genetik kewanitaan, meningkatkan pertumbuhan pada tisu payudara & merangsang kepekaan hormon serta pertumbuhan justeru mencapai bentuk badan yang unggul.
4.Mencegah kekeringan & bau pada bahagian faraj serta keputihan.
5.Membolehkan wanita memiliki rambut yang berseri , mata yang bermaya dan sifat pesona unggul

Terdiri daripada ramuan-ramuan hebat & terpilih seperti :

  • Collagen
  • Lobata
  • Cekur
  • Asam Jawa
  • Mangga
  • Habbatussauda
  • Stem Cell
  • Serapat
  • Kacip Fatimah
  • Madu
  • Mas Cotek
  • Manjakani
  • Kunyit

NIECEA KHAS UNTUK WANITA MENJAGA DALAMAN KEKAL SIHAT DAN CANTIK! BARULAH ABANG SAYANG.....

Bagaimana ingin mendapatkannya?




WHATSAPP SAYA SEKARANG
011-13318814 (aliah)
011-13318814 (aliah)
011-13318814 (aliah)

#isralife
#isralifehq

Isnin, 28 Mac 2016

Serai Wangi



Berminat untuk dapatkan benih serai wangi , daun serai wangi, untuk dijadikan ubat/mandian wap/spa......

Anda boleh hubungi saya aliah untuk keterangan lanjut...

call/whatsapp :: 011-13318814






Produk Muslim (TSAMARAT EXTRACT)







TSAMARAT EXTRACT




Merupakan produk yg mempunyai banyak kelebihannya... Produk seperti Tsamarat Extract ini boleh digunakan oleh sesiapa saja..tak kira peringkat umur..malah bayi pun boleh minum Tsamarat ini...keranaaaaa ia terdiri dari bahan-bahan/ramuan-ramuan sunnah yang terpilih.... Ramuan-ramuannya adalah::

#Air Zam Zam #Sarang Burung #Buah Delima #Za'faran #Kurma #Habbatussauda
#Madu #Buah Tin #Kismis #Goji #Stem Cell #Stevia

Tsamarat Extract ini merupakan makanan kesihatan seisi keluarga, dimana ia digalakkan 1 rumah 1 Tsamarat.....

Tsamarat mengandungi 13 ekstrak herba terbaik dunia. Dimana ia dapat membekalkan tubuh badan dengan nutrien dan pelbagai vitamin B1,B3 dan B6 dalam badan serta zat besi pottasium,magnesium dan kalsium juga zat besi untuk pembinaan darah bagi pengangkutan oksigen ke otak dan seluruh badan...

Tsamarat Extract juga berperanan sebagai antioksida,antivirus, antikanser, antiradang, antiallergi.... Dengan Tsamarat ia dapat merawat penyakit seperti::

Apa kelebihannya ya?
Anda mesti nak tahu kan?

26 Sebab kenapa perlu bertukar kpd TSAMARAT EXTRACT!!!!""

1.Membekalkan nutrient yang lengkap kepada tubuh (makanan berfungsi)
2.Melindungi sel-sel tubuh( unsur aktioksidan yang menutralkan radikal bebas,mencegah membran sel & mitokondria pada lemak & protein dioksidakan)
3.Menahan radikal bebas
4.Melancarkan peredaran darah
5.Menguatkan sistem imun & metabolisme
6.Meningkatkan elastik kulit & melembapkan kulit
7.Meransang perkembangan & kecerdasan iq,eq,sq
8.Memperbaiki daya ingatan
9.Mengurangkan kesakitan sendi
10.Menjaga kesihatan rawan
11.Memelihara kesihatan hati
12.Menjaga kesihatan paru-paru
13.Membantu membaiki penyakit kencing manis
14.Menurunkan kolestrol dalam darah
15.Membaik pulih masalah jantung(mengurangkan risiko strok)
16.Mengawal tekanan darah tinggi/stress
17.Melindungi dari jangkitan kuman& virus
18.Menjaga kesihatan usus
19.Membaiki penyerapan nutrien
20.Memberi kebahagian hidup insyaallah
21.Menghindarkan daripada gangguan yang tidak dihindari
22.Membantu merawat penyakit buasir, gout dan penyakit buah pinggang
23.Memberi tenaga tambahan dan menambah stamina badan
24.Membantu menguatkan ingatan
25.Menghilangkan letih dan lesu badan
26.Membantu mengekalkan kesihatan penafasan
..........................................................................................................
Sebarang pertanyaan atau Order boleh call atau whatsapp di nombor yang tertera di skrin bawah :-

Apa tunggu lagi hubungi saya

★ Whatsapp : 011-13318814
★ Facebook : Nor Aliah Abu Bakar
☆ Page.        :  alia0881.blogspot.com
★ Website : www.isralife.my

UNGGUL MEMBINA BERSAMA MENGUBAH KEHIDUPAN

www.isralife.my/testimoni

#isralife
Isra'Life HQ








Sabtu, 26 Disember 2015

Produk Muslim ( Isra'life )

     
             Pada masa kini terdapat pelbagai penyakit rohani dan jasmani yg menyerang kita,ahli2 keluarga , saudara2 , serta sahabat2 kita... Pelbagai altenatif yg kita ambil supaya kita sihat.... Selain dari ubat-ubatan hospital dan supliment2 yg terdapat di luar sana.... Makanan-makanan tambahan yang dipilih untuk di masukkan ke dalam badan kita pun sudah tentunya makanan yg berkualiti,halal dan seterusnya dapat mberi kesembuhan pada badan kita.... Apa yang penting kita kena istiqomah sahaja dalam mengamalkannya....
             Antara produk sunnah yg baik, berkualiti ,halal dan laris sekarang...serta telah banyak melahirkan testimoni2 yang berjaya dari pengguna2 yang telah menggunakan produk Isralife ini.. Alhamdulillah ... Anda boleh lawati di . http:://www.isralife.my/testimoni .....
             Antara produk-produk keluaran Isra'life seperti Tsamarat Extract, Niecea, Rayzel , Golden Tsamarat ,Miracle Esscence Foundation , Lentix Cinnamon Drink, Lentix Miracle Quelim , JusTarbyna, Kopi DB Cafe dan ubat gigi....

  Produk Isra'life
 ****************




Kelebihan produk Isra'life antaranya ::

√ telah dibaca 30 juzuk Al Quran
√ telah dibaca doa-doa syifa
√ telah dizikirkan



InshaAllah , setiap penyakit ada ubatnya... Kita hanya berikhtiar untuk mendapatkan kesembuhan.

Berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang produk hebat ini... ??

Pm/whatsapp:: 011-13318814 (aliah)

" UNGGUL MEMBINA BERSAMA MENGUBAH KEHIDUPAN "




Sabtu, 3 Januari 2015

55 AMALAN SUNNAH RASULULLAH


1. PANDANGAN MATA
Pandangan mata adalah anak panah iblis. Lihat bukan muhrim sekali saja. Lihat kali kedua akan hilang nikmat ibadah 40 hari. Tiada kusyuk.
2 MAKAN GARAM
Celup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan. Garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir.
3. MINUM TANGAN KANAN
Sentiasa minum memegang gelas dengan tangan kanan. Iblis minum dengan tangan kiri.
4. SESAAT DI JALAN ALLAH
Sesaat berdiri di jalan Allah lebih baik dari solat di depan hajarul aswad pada malam Qadar walaupun hanya sekadar "hai kawan ayuhlah kita solat"
5. LANGKAH KANAN
Masuk masjid kaki kanan, keluar kaki kiri. Masuk rumah kaki kanan, keluar rumah kaki kiri. Masuk tandas kaki kiri, keluar kaki kanan.
6. MAKAN TIGA JARI
Nabi s.a.w makan kurma dengan 3 jari iatu jari ibu, telunjuk dan hantu. Kita makan nasi kalau susah bolehlah dengan 3 suapan pertama ikut sunnah.
7. JAMINAN ALLAH
3 orang mendapat jaminan Allah iaitu orang yang memberi salam sebelum masuk rumah, orang yang keluar ke masjid dan orang yang keluar ke jalan Allah.
8. GUNTING BULU
Apabila lelaki dan perempuan tidak menggunting, mengemas bulu kemaluan dan ketiak selama 40 hari, maka iblis akan bersarang dan berbuai di situ.
9. JANGAN BERSIUL
Jangan bersiul kerana sewaktu mula-mula dibuang ke dunia, iblis mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur iblis.
10. CARA POTONG KUKU TANGAN
Mula dari jari telunjuk yang kanan terus ke kanan sampai kelingking kanan, disambung dari kelingking kiri ke ibu jari kiri hingga ibu jari kanan.
11. CARA POTONG KUKU KAKI
Mula dari kelingking kanan ke sebelah kiri sampai kelingking sebelah kiri.
12. PANJANG LENGAN BAJU
Panjang lengan baju Rasulullah SAW adalah hanya sampai pergelangan tangan sahaja.
13. PAKAIAN KESUKAAN
Pakaian kesukaan Rasulullah SAW adalah gamis iaitu baju labuh atau kurta.
14. BERSIWAK
Jika didahului dengan bersiwak (bersugi), satu kali anda bertasbih maka Allah hitung 70 kali bertasbih. Jika bersolat akan dihitung 70 kali solat.
15. DOA DALAM SUJUD
Saat yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.
16. ADAB DI TANDAS
Masuk tandas kaki kiri, pakai alas kaki dan tutup kepala.
17. ADAB MAKAN
Hendaknya menghindarkan diri dari kenyang yang melampaui batas. Sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas.
18. TIGA JENIS ORANG
3 jenis orang yang tidak akan dipandang oleh Allah SWT pada hari kiamat iaitu orang tua penzina, Raja yang berdusta, orang miskin yang sombong.
19. PAKAI MINYAK WANGI
Memakai minyak wangi adalah Sunnah maka pakailah terutama ketika hendak bersolat, ke masjid atau ke mana sahaja.
20. AMBIL WUDUK SEBELUM TIDUR
Gosok gigi dan ambil wuduk sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati dan menghindar gangguan iblis dan syaitan.
21. CINCIN PERAK
Pakai cincin perak di kelingking kanan atau kiri. Akan mendapat pahala Sunnah berterusan selama memakainya.
22. SOLAT FARDHU DI MASJID
Nabi SAW tidak pernah solat fardhu di rumah. Setiap langkah kanan ke masjid akan diangkat satu darjat dan langkah kiri akan dihapus satu dosa.
23. PAKAI CELAK
Gunakan celak ismid (dari galian) kerana ia menguatkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata. Setiap malam dicalit tiga kali pada mata kanan dan kiri.
24. PANJANG PAKAIAN
Panjang pakaian , jubah atau seluar seorang muslim adalah antara setengah betis dan tidak melebihi buku lali .
25. SOLAT FARDHU BERJEMAAH
Solat fardhu berjemaah di masjid dibayar 27 kali lipat dari solat sendirian di rumah. Jika anda waras dan sempurna akal, di manakah anda akan solat?
26. MENGUAP
Menguap adalah dari syaitan. Bila rasa hendak menguap, tahanlah atau tutuplah mulut dengan belakang tangan kerana syaitan akan masuk melalui mulut.
27. MENYIMPAN JANGGUT
Memotong misai dan menyimpan janggut. Lebih afdal dengan jambang sekali. Diberi pahala amal berterusan selama menyimpannya.
28. JANGAN MENGHADAP KIBLAT KETIKA BUANG AIR
Jangan menghadap / membelakang Kiblat ketika buang air kecil / besar. Dibolehkan bila dalam bangunan, itupun kalau terpaksa.
29. WARNA PAKAIAN RASULULLAH
Disunatkan memakai pakaian berwarna putih kerana Rasulullah SAW menyukai pakaian berwarna putih.
30. POSISI TIDUR
Posisi tidur yang dianjurkan ialah mengereng di atas rusuk kanan, muka dan badan mengadap kiblat dan tapak tangan kanan di bawah pipi.
31. MINUM LEPAS MAKAN
Lepas makan nasi jangan terus minum. Tunggu sebentar anggaran selama berjalan 40 langkah barulah minum.
32. TIDUR SEBELUM ZOHOR
Tidur sebentar sebelum Zohor kerana ianya membantu ibadah di malam hari dan bangun sebelum gelincir matahari untuk solat Zohor.
33. BERDIRI HORMAT
Rasulullah SAW membenci perbuatan orang bangun dari tempat duduk dan berdiri memberi hormat apabila baginda lalu atau masuk ke suatu majlis.
34. PAKAIAN BERWARNA
Dilarang memakai pakaian warna kuning kemerahan seperti yang dipakai oleh sami Hindu / Buddha khususnya bagi lelaki.
35. MAKAN DENGAN ORANG MISKIN
Rasulullah SAW suka memberi makan atau makan bersama orang miskin. Jika kita makan bersama orang miskin, hendaklah kita mendahulukan mereka.
36. MENU RASULULLAH
Rasulullah SAW membuka menu sarapannya dengan segelas air sejuk yang dicampur dengan sesendok madu asli.
37. PEMBERIAN YANG TIDAK BOLEH DITOLAK
Ada 3 pemberian yang tidak boleh ditolak iaitu bantal, minyak wangi dan susu.
38. KETAWA RASULULLAH
Ketawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.
39. MINUMAN RASULULLAH
Minuman yang paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah minuman yang manis dan dingin.
40. HISAP AIR DALAM HIDUNG
Ketika membersihkan diri setelah bangun tidur jangan lupa menghisap air ke dalam hidung 3x kerana syaitan bermalam dalam lubang hidung.
41. BERI MAKAN ANAK YATIM
Nabi SAW suka memberi makan anak yatim. Sesiapa yang duduk makan bersama anak yatim dalam satu bekas, syaitan tidak akan menghampiri bekas tersebut.
42. LARANGAN PAKAI CINCIN
Dilarang memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah.
43. BANGUN TIDUR
Nabi SAW bangun tidur lalu duduk seraya mengusap muka dengan telapak tangan agar hilang ngantuknya dan membaca doa bangun tidur.
44. KONGSI MAKANAN
Jangan kedekut berkongsi makanan. Nabi SAW suka makan makanan yang banyak tangan memakannya.
45. 4 RAKAAT SEBELUM ZOHOR
Solat 4 rakaat setelah gelincir matahari sebelum zohor. Saat itu pintu langit dibuka untuk menerima amal soleh dan tertutup ketika solat zohor.
46. ISTIGHFAR
Nabi SAW beristighfar kepada Allah mohon keampunan dosa dan bertaubat setiap hari lebih dari 70 kali.
47. JANGAN MENCACI MAKANAN
Jangan mencaci makanan. Jika suka, makanlah , jika tidak suka biarkan sahaja.
48. APABILA BERTAMU
Apabila bertamu, jangan berdiri memberi salam di depan muka pintu tetapi dari sisi agar terpelihara pandangan dari melihat terus ke dalam rumah.
49. JAWAB SALAM DALAM TANDAS
Tidak diperkenan menjawab salam ketika di dalam tandas kerana ada lafaz Allah dalam kalimah jawab salam. Cukup dengan berdehem atau isyarat suara.
50. MAKANAN PANAS
Rasulullah SAW melarang meniup makanan panas. Hendaklah biarkan sejuk sedikit hingga mudah untuk dimakan.
51. GILIRAN MINUM
Jika berkongsi minum dalam satu bekas atau botol, hendaklah memberi giliran minum yang berikut kepada orang yang di sebelah kanan.
52. 3 AMAL
Nabi SAW menasihati jangan meninggalkan 3 amal iaitu puasa 3 hari sebulan (afdal 13,14,15 hb Hijrah), solat Dhuha dan solat sunat Witir.
53. JANGAN TIDUR MENIARAP
Jangan tidur meniarap kerana ia adalah posisi tidur ahli neraka dan yang dibenci Allah.
54. CARA PEGANG MISWAK
Miswak dipegang dalam keadaan jari kelingking dan ibu jari di bawah miswak dan jari lain di bahagian atas.
55. DUA RAKAAT SEBELUM SUBUH
Dua rakaat sunat sebelum solat fardhu Subuh itu adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya....

Jumaat, 21 November 2014

LIMAU NIPIS (Khasiatnya)




KHASIAT LIMAU NIPIS

Limau nipis (Citrus aurantifolia) merupakan sejenis tumbuhan yang buahnya dijadikan air minuman dan juga dicampur dalam masakan.Buahnya terkenal sejenis perisa yang penting dalam masakan. seperti mee rebus, mee bandung, dan lain-lain.

Limau nipis juga boleh dijadikan air yang menyegarkan untuk diminum semasa hari panas terik. Ia turut dicampurkan kepada air teh o bagi menambahkan kelazatan.


Rasa masam pada limau nipis berperanan pembuang toksin terbesar dibandingkan buah-buah lain. Rasa masam dan unsur pectin yang terkandung di dalamnya membantu menghilangkan racun-racun dalam tubuh. Jika ingin melakukan pembuangan toksin, anda boleh minum segelas besar air yang ditambah dengan perahan limau nipis setiap pagi kemudian diikuti dengan segelas besar air putih setiap jam berikutnya.

TINGKAT DAYA TAHAN TUBUH
Menurut buku Food That Harm Food That Heal, meminum air limau nipis sebiji sehari, akan meningkatkan daya tahan tubuh dari serangan virus. Vitamin C yang tinggi dari buah ini akan menyediakan antioksidan untuk menjinakkan radikal bebas dalam tubuh. Sementara sejumlah mineral, potasium di alamnya bermanfaat untuk membantu mengatur tekanan darah dan fungsi jantung, serta vital untuk memelihara kelenturan otot dan memperlancar sistem saraf.

DEMAM

Petiklah 2-4 genggam daun limau nipis. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam. Caranya dengan membasuh kain pada air rebusan dan diperas, lalu ditempelkan pada dahi pesakit.

BATUK

Ambil air limau nipis satu sudu teh. Campur dengan madu. Minumlah tiga kali sehari. Cara lain untuk mengubati batuk ialah dengan memanggang limau nipis sebentar di atas api. Biarkan sebentar hingga menjadi suam-suam kuku, belah buah limau nipis tersebut, lalu langsung perah ke dalam mulut hingga mengalir ke tekak. 

SELSEMA
Menghentikan kebiasaan merokok.. Hisaplah sehiris limau nipis. Rasanya yang masam segar membuat anda terangsang untuk minum air putih. Lakukan beberapa kali sehari. Cara ini selain mengurangi keinginan untuk merokok, juga membantu membersihkan nikotin yang sudah terdapat pada gigi dan mulut.

BAU KETIAK 
Siapkan limau nipis yang dicampur kapur sirih. Setelah mandi, sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan beberapa waktu sebelum dibasuh. Lakukan pagi dan petang.


MENGEMPISKAN PERUT

Mungkin anda boleh mengamalkan perahan limau nipis yang dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas suam, kesannya lebih cepat. Ia dikatakan dapat mengempiskan dan mengemaskan bentuk perut.

PULIH KULIT WAJAH
Ramai yang menghadapi masalah kulit wajah terbakar kerana cuaca yang panas. Mungkin anda boleh bancuh sebati sedikit tepung gandum bersama madu dan putih telur serta air limau nipis. Sapu bancuhan pada seluruh muka kecuali bahagian mata dan mulut. Biar kering baru cuci dengan air bersih.

HILANGKAN BAU KAKI

Untuk mengatasi bau kaki akibat sering memakai sarung kaki dan kasut bertutup, gunakan limau nipis. Ambil limau nipis, hiris dan gosokkan pad kaki.

MEWANGIKAN RAMBUT

Mungkin ramai tidak tahu limau nipis juga boleh mewangikan rambut. Ambil beberapa biji limau nipis dan hiriskan. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening serta menyejukkan kepala.

SELAMAT BERAMAL.......

Ahad, 9 November 2014

KATA-KATA HIKMAH & DO'A


- "Ya Allah,Berilah berkah apa yg Engkau rezekikan kpd mereka, ampunilah &belas kasihanilah mereka" 

(HR Muslim)

- "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu." 

(QS. Ibrahim:7)

- Jangan bersedih dan bersabarlah. Allah beri kita ujian untuk melayakkan kita menjadi hambaNya yang sebenar.


- " Jika kamu mendatangi tempat tidurmu maka wudhulah seperti wudhu untuk solat ".(HR.Bukhari)


- " Sesungguhnya sedekah seseorang walau hanya sesuap,akan dikembang biakkan olehNya seperti gunung,maka bersedekahlah. " (HR Bukhari)


- " Jika Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bangun di malam hari, beliau membersihkan mulutnya dgn bersiwak." (HR Bukhari)


- "Sesungguhnya hanya orang-orang yg bersabarlah yg dicukupkan pahala mereka tanpa batas." 

(QS. Az-Zumar:10)

- "Jika seorang hamba benar2 mmberikan tempat kepada Allah didalam hatinya, Allah akan memberikan tempat baginya didalam hati sesamanya." (Hasan Al Basri)


- "Sesungguhnya pertolongan akan datang bersama kesabaran." (HR. Ahmad)


- "Sesungguhnya Kami (Allah), telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya." 

(QS. At Tin : 4)

- Jika kamu hendak masuk rumah,sebaik-baiknya kamu ucapkan salam,karana ia akan membawa keberkatan bagi kamu & keluargamu. (HR Tirmidzi)


- Ya Allah..Anugerahkan kebaikkan pada anak kami, indahkan akhlaknya, perbaiki agamanya, sejahterakan jiwa raganya...


- "Sesungguhnya dari sifat malu itu terdapat ketenangan, sesungguhnya dari sifat malu itu terdapat ketenteraman." (HR.Bukhari)


- Tersenyumlah, bukan hanya karana kamu sedang bahagia, tapi dengan tersenyum kamu juga akan membuat dirimu bahagia.


- Suatu hubungan baik itu bukan tanpa adanya perselisihan. Namun apapun situasinya, kamu akan selalu belajar saling mengerti dan memperbaiki.


- Katakanlah: Taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul-Nya.(An-Nur: 54)


- "Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara." (QS. al-Hujurat: 10)


- Barangsiapa tidur dalam keadaan berwudhu, maka apabila mati disaat tidur maka matinya dalam keadaan syahid disisi allah.


- Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam....


Masa itu umpama air pasang surut, tiada siapa yang dapat menahannya.


- Berprasangka baiklah selalu kpdNya .


- Kami, keluarga Muhammad SAW sering hidup selama 1 bln tidak menyalakan api (memasak), krna makananannya hanya kurma& air. (HR Muslim)


- " Tiada yang terlihat lebih indah oleh dua orang yang menjalinkan cinta selain dengan perkahwinan ". (HR Ibnu Majah, Hakim dari Ibnu Abbas)


- Kebaikan itu menyinari wajah menyalakan cahaya jiwa, membuka pintu rezeki, menguatkan tubuh, dan menambah cinta dalam hati. (Ibnu Abbas)


- "Sesungguhnya Allah mencintai hamba-Nya yg bertakwa, selalu merasa cukup, & berusaha menyembunyikan amalnya." (HR Muslim)


- Hati yang gembira boleh dilihat dengan wajah yang gembira, tetapi wajah yang gembira tidak semestinya mempunyai hati yang gembira.


- Rasulullah mencontohkan untuk selalu bersikap lembut penuh kasih syg kpd istri :)


- " Sesungguhnya Allah baik dan menyukai kebaikan,bersih & menyukai kebersihan, murah hati & senang kepada kemurahan hati." (HR Tirmidzi)


- Seandainya anda mengalami kemurungan, mengadulah kepada yang Maha Esa, Dia maha mendengar dan maha mengetahui.


- "Sembahlah Allah & janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. & berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa " (QS Annisa':36)


- Alangkah baiknya orang yang sibuk meneliti aib sendiri dengan tidak mengurusi aib orang lain.

(HR. Muslim)

- "Barangsiapa yang ingin diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia menyambung tali silaturrahim." (HR. Abu Daud:1693)

- Maka barang siapa yg mengikuti petunjuk-Ku,nescaya tidak ada kekhuatiran atas mereka, dan tdk (pula) mereka bersedih hati. (QS 2:38)

- "Ya Allah! Sungguh aku berlindung kepadaMu dari kesempitan dunia dan kesempitan hari kiamat." (HR Abu Daud)


- Maka Maha Tinggi Allah, Raja Yang Sebenarnya"" tidak ada Tuhan selain Dia, Tuhan (Yang mempunyai) 'Arsy yg mulia. (QS 23:116)


- "Seorang mukmin bukanlah pencela, pelaknat, juga bukan yg suka berbicara kotor." (HR Tirmidzi)


- " Sebaik-baik manusia diantara kamu adalah yg paling banyak manfaatnya kepada orang lain." 

(HR. Bukhari)

- Bicara sahabat yang jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang - ( Saidina Ali )


- Semua anak adam itu berbuat kesalahan & sebaik-baik orang yg berbuat kesalahan itu ialah orang-orang yang mahu bertaubat. (HR Tirmidzi)

- Apabila datang bulan Ramadhan, dibukalah pintu-pintu syurga, ditutuplah pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan. (HR Bukhari Muslim)

- "Sembahlah Ar Rahman, sebarkan salam, dan berilah makan kepada orang lain, maka kalian akan masuk syrga." (HR Tirmidzi)

Kenalilah Allah waktu kamu senang, nescaya Allah akan mengenalimu waktu kamu dalam kesulitan.
(HR. Tirmidzi)
- "Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik kepada keluarganya." (HR. Ibnu majah)

- Dengan wang anda dapat membeli rumah tetapi tidak dapat membeli kehidupan.

- "Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam menyebut-nyebut Allah setiap waktu (berzikir)." (HR. Muslim)

- Nabi saw bersabda: " Tidak akan masuk syurga orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan/silaturrahim ". (HR Muslim)
- Jka anda sendiri tidak tahu menjaga harga diri, usah bertanya mengapa orang lain tidak menghormati anda.


- Kekasih sejati, ia akan mendidikmu sepenuh hati

- ' Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu' (QS. Al Kahfi:10)

- " Jagalah Allah, Dia pasti menjagamu. Jagalah Allah, Dia senantiasa bersamamu." 
(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)

- Orang2 yg sabar (terhadap bencana) & mengerjakan amal2 soleh, mereka itu beroleh ampunan & pahala yg besar. (QS Huud:11)

- Warna kulit dan bahasa yang berlainan adalah suatu tanda kebesaran Ilahi.

- " Maka jgnlah kamu menganggap dirimu suci. Dialah yg paling mengetahui siapa org yg bertakwa."
(Qs. Al-Najm; 32)

- "Orang yang memuliakan salam adalah terlepas daripada sifat sombong dan takabbur." 
(HR Al-Baihaqi)

- "Orang yang membiayai kehidupan para janda & orang-orang miskin bagaikan orang yang berjihad fii sabiilillaah." (HR. Muslim)

- Barangsiapa membela (nama baik dan kehormatan) saudaranya tanpa kehadirannya maka Allah akan membelanya di dunia dan di akhirat.

- "Dan apa saja nikmat yg ada pada kamu, maka dari Allah-lah (datangnya). "
(QS Al-Nahl:53)